Thursday, July 20, 2006

SUFI'S NEXT LETTER: DEAR KALI ...

When Sufi Yusoff returns from London tomorrow, where his boss the former Prime Minister has been handling a schedule too busy to call a holiday, he will start composing a Letter to the Editor of the New Straits Times.

It will be a simple letter asking the newspaper to apologise for a serious factual error (or fabrication or misrepresentation of the truth, as some might have seen it) contained in an article written by the NSTP's editorial adviser and deputy chairman Kalimullah Hassan.

The article was Kalimullah's eager heroic attempt to defend the PM, Abdullah Badawi, against the sharp criticisms against the government levelled by Dr Mahathir just days earlier.

In one of the many passsages running down the former PM, Kalimullah wrote in his column about how Dr M had asked for a meeting with Abdullah when both of them were in Tokyo recently and how Abdullah had agreed.

Yesterday, Abdullah told reporters that he was the one who had asked for the meeting with Dr M, not the other way round. MageP's Lab broke the myth when he spotted the story buried in today's news reports and Screenshots put things in perspective.

For the record, Sufi did write a letter to the NST to point out that Kalimullah had got it wrong. To its credit, the newspaper published the letter but neither Kalimullah nor the Editor of the paper offered an apology to Dr M (or , for that matter, to Abdullah) .

The offending article was never retracted.

(That letter was the last by Sufi to be published by the NST; his subsequent letters to the editor pointing out other errors and misrepresentation of facts in the newspaper's reports on the Dr M-Abdullah spat did not see print).

Experienced and responsible editors readily admit an error and have no qualms about apologising if the mistake is grave. An apology may save a newspaper from being sued.

But, mostly, editors say sorry and admit mistakes to uphold their own and their newspapers' integrity and credibility, lest they are accused of spreading lies.

7 comments:

  1. Anonymous12:50 am

    Saudara Rocky dan para pembahas yang dimuliakan,

    Saya mengagumi dan di masa yang sama bersimpati dengan Sufi Yusof kerana kesungguhannya melaksanakan tugas sebagai setiausaha akhbar Tun Dr Mahathir Mohamad. Tidak ramai wartawan muda seperti beliau sanggup bekerja keras mewakili seorang yang sudah lagi tiada berkuasa.

    Saya bersimpati dengannya kerana bukan mudah mewakili seorang pesara yang cergas, penuh idea dan kontroversial seperti Dr Mahathir.

    Yang lebih sukar bagi Sufi adalah mendapat layanan adil daripada pengarang-pengarang yang tidak pun mengamalkan hak menjawab (right of reply).

    Sufi has always been a diligent worker and being his superior in the NSTP was an honour.

    Mengenai ulasan saya yang terdahulu berkenaan Proton, saya akui ianya agak kasar dan bernada marah. Tetapi itulah “the state of my mind” (suasana minda saya) ketika membaca blog Saudara mengenai peletakan jawatan Kisai Rahmat, orang nombor dua Proton pada zaman Tengku Mahaleel.

    Bukan soal peribadi. Saya hanya kenal beliau secara profesional kerana saya kerap melawat Proton yang saya dampingi sejak awal tahun 1980’an apabila Projek Kereta Nasional itu dilancarkan.

    Saya rasa mungkin itulah juga reaksi rakyat biasa yang mengetahui mengenai Proton hanya melalui laporan media massa kerana sejak kebelakangan ini, satu demi satu berita buruk mengenai Proton menjadi tajuk berita.

    Proton hadapi saingan kereta import murah. Sistem AP disalahgunakan sehingga menjejas jualan kereta Proton. Proton jual MV Agusta dengan harga 1 Euro. Proton rugi RM500 juta jual MV Agusta. Kontrak Tengku Mahaleel tidak disambung. Proton potong bilangan vendor. Puluhan ribu kereta baru Proton tidak dapat dijual.

    Dalam Proton diperlekehkan dan macam-macam masalah dikaitkan dengannya, tiba-tiba kita dengar syarikat pelaburan kerajaan Singapura, Temasek membeli lima peratus sahamnya pada bulan November lalu.

    Agensi berita Reuter melaporkan: “The investments by the GIC and other Singapore state agencies follow a rise in ministerial-level contacts between the neighbours since last year, when Abdullah Ahmad Badawi replaced veteran Malaysian leader Mahathir Mohamad.

    ”Proton, which dominates about half the Malaysian car market, said in a statement late on Tuesday the GIC bought 27.6 million shares, or 5.04 percent, at an undisclosed price.”

    Proton bukan projek pembinaan kapasiti ekonomi yang baru. Ia diasaskan pada tahun 1983 dan kereta pertamanya keluar pada tahun 1986. Ia bukan untuk berniaga, tetapi untuk memperluaskan kapasiti ekonomi negara. Kalau nak berniaga tak payah buat kereta sendiri. Guna AP import kereta asing lagi untung.

    Memanglah pada awalnya sukar dan mencabar. Banyak pengguna tidak yakin dengan mutunya dan pengedar kenderaan bermotor yang pada waktu itu majoritinya bukan Melayu memboikot dan mensabotaj Proton. Tetapi apabila kerajaan tidak berganjak dan jualan Proton mula laris, pengedar yang sama berlumba-lumba menjadi ejen Proton.

    Model demi model dikeluarkan, rekaan tempatan diperkenalkan bermula dengan Waja, kilang baru dibina di Tanjung Malim, syarikat motor asing dibeli dan Proton membayar cukai serta dividen berbilion ringgit kepada kerajaan.

    Ramai anak Malaysia, khasnya Bumiputera, dilatih menjadi pengurus, jurutera, pereka bentuk, mekanik, jurujual dan bermacam-macam lagi. Industri insurans dan perbankan turut mendapat faedah.

    Tiba-tiba dalam sekelip masa, apabila Proton diubah daripada syarikat biasa milik kerajaan yang objektifnya memperluaskan kapasiti ekonomi negara dilabelkan menjadi GLC, kita mendengar berbagai-bagai berita buruk mengenainya.

    Gambar yang tercetus adalah Proton berada di dalam keadaan yang tenat, merugikan, membebankan, penuh dengan kecacatan dan bermacam-macam lagi.

    Jadi, kalau begitu teruk sekali keadaan Proton, apalah salahnya kalau kita mengambil keputusan menutup saja projek nasional itu. Dalam bahasa Inggeris kita “Cut our losses”.

    Tetapi kalau Proton masih penting di dalam usaha membangunkan keupayaan ekonomi negara maka kita hendaklah bersikap lebih positif dan tidak menghina Proton seolah-olah ia anjing kurap yang masih menyalak pencuri tetapi jijik untuk didekati.

    Terima Kasih.

    ReplyDelete
  2. jangan bimbang sufi. Sokongan tetap diberikan walaupun sekarang ini banyak tentangan dan cabaran.

    ReplyDelete
  3. Anonymous8:38 am

    Rocky Bru dan Dato' Kadir,

    Saya adalah antara pengguna awal kereta proton - Proton Saga. Bagi saya, itulah kereta baru yang paling murah waktu itu dan termampu saya beli. Harganya RM14,000. Saya bayar secara ansuran menerusi pinjaman bank, potongan RM300 lebih sebulan. Kereta import yang juga saya mampu beli, bukan kereta baru tapi second hand. Jadi saya buat keputusan beli kereta baru. Bertahun-tahun saya guna, merata negeri saya bawa. Kalau pun tidak ada perasaan banggakan kereta buatan tempatan sewaktu memandunya, saya bangga memiliki kereta sendiri. Maksudnya, kalau tidak ada proton kemungkinan besar saya masih belum mampu memiliki kereta atau memiliki kereta baru!

    Ramai menghina keupayaan kita mengeluarkan kereta sendiri. Ramai mengutuk idea Perdana Menteri waktu itu, Dr Mahathir Mohamad untuk mengeluarkan kereta sendiri. Pertengahan tahun 90-an saya ke luar negara dan dengan megah mengakui kepada sekumpulan pegawai Jerman yang Malaysia ada kereta sendiri apabila mereka meminta kepastian saya benarkah Malaysia ada kereta sendiri. Kemudian seorang daripadanya mengulas sesuatu yang sudah tentulah saya tidak faham sebab dia berbahasa Jerman tetapi saya menangkap perkataan Mitsubishi dan Jepun di celah-celah ayat yang dituturkannya. Saya membuat kesimpulan yang tentulah dia memberitahu rakan-rakannya bahawa Proton bukan kereta Malaysia tetapi kereta Jepun menerusi kerjasama yang dibuat dengan Mitsubishi.

    Soalnya, apa salah Malaysia bekerjasama dengan Jepun sebab Malaysia memang tidak ada kepakaran waktu itu. Tetapi Malaysia ada semangat.

    Menerusi idea bijak Dr Mahathir, ratusan rakyat Malaysia yang selama ini tidak mampu berkereta, mulai memiliki sebuah. Orang kampung yang dulu menoreh getah naik basikal, ada yang berkereta ke ladang. Anak-anak yang susah payah naik bas turun bas setiap kali hendak balik kampung, semakin mudah dan kerap pulang menjenguk mak ayah sebab sudah ada kereta. Jalan yang tidak sesak pun menjadi sesak sebab sudah ramai yang berkereta.

    Makanya saya hairan mengapa tiba-tiba sekarang keupayaan Proton dikutuk dan dicaci.

    Terus terang cakap, saya semakin malu menjadi rakyat Malaysia dan orang Melayu sekarang...

    Pemimpin sekarang, yang diharapkan menjaga kedaulatan negara dan menjaga kebajikan rakyat, semakin lupa kepada asal usul. Masing-masing hanya menjaga periuk nasi dan tembolok sendiri. Harapkan pagar, pagar makan padi.

    Dato',

    Saya faham perasaan Dato'. Saya bukan setakat pengguna awal Proton tetapi saya ada dua orang sepupu yang bekerja di kilang Proton - seorang jurutera dan seorang lagi mekanik. Saya juga memiliki dua kereta Proton - Saga dan automatik 1.5i (bila sudah ada duit lebih sikit).

    Kesimpulannya, Proton tidak wajar ditutup dan kerajaan bertanggungjawab memastikan projek nasional itu kekal sebagai antara pemacu ekonomi negara.

    Rockybru,

    Kalimullah maybe a Haji but that doesn't stop him from telling lies. The Prime Minister is responsible to get rid of him as he is responsible to put him there despite knowing his background as per described by the Special Branch.

    ReplyDelete
  4. Sdr Rocky:

    Masih ingat movie Love Story dibintangi Ali McGraw dan Ryan O'Neal tak? "Love is never having to say Sorry"-lah. Mengikut kenyataan Pak Lah Tak da "problem" antaranya dengan Mahathir; so tak payahlah mana-man pihak meminta maaf berkenaan "happy family" episode ini.:)

    ReplyDelete
  5. Anonymous11:24 am

    Bru Bro,

    Alas, the NST was THE newspaper. It was the benchmark of the industry. Not anymore. Those who led the newspapers were individuals who stuck to their job professionally, doing it with dignity and dedication.

    Of late, the NST has been labelled Naza Sales Team and New Singapore Times, among others. Shrinking the broadsheet to a tabloid has not helped either. As for Sufi, this young man may surprise many with his big heart, stamina and thoughtfulness. He is a fighter, having seen real action in Somalia at the height of the civil war there. He is not easily cowed, young Sufi. Those who know him will marvel at his work rate and intellect. Will Sufi's letters or comments be used by the NST? I'm not sure, really. If the decision is left to the letter editor, then it could see print. If letter is vetted by the top brass, then it's cance of seing print is less than good.

    ReplyDelete
  6. In a political culture where admission of error is taken as a weakness, and not a virtue, what do you expect? Besides, the NST, being the de-facto English mouthpiece for the governement can't be seen as fallible, can they?

    ** sigh **

    So, in the end, errors get burried in the hopes that the public doesn't scrutinize, and continues with the tradition of having a short memory.

    ReplyDelete
  7. Anonymous2:17 pm

    miss proton menulis: kalau tidak ada proton kemungkinan besar saya masih belum mampu memiliki kereta atau memiliki kereta baru!

    Kalau tidak ada Proton, sudah tentunya Miss Proton akan mampu membeli kereta baru buatan luar negara yang jauh lebih selamat dipandu pada masa itu. Kalau tidak kerana Proton, harga kereta import tidak akan melonjak naik begitu sekali. Cubalah tanya kepada orang-orang yang membeli kereta sejurus sebelum Proton wujud. Berapakah harga kereta pada masa itu, dan berapa pula harga kereta sebaik sahaja Proton diwujudkan?

    Kalau Miss Proton perasan, harga Toyota Vios pada hari ini berharga lebih RM80000. Kalau dibandingkan dengan kereta Proton seperti Gen2 dan Waja yang harganya dalam lingkungan RM50000-60000, sudah tentu kereta Proton jauh lebih murah. Namun, di Langkawi yang bebas cukai, kereta Vios itu berharga RM50000 sahaja! Kalau tidak terdapat cukai yang melampau disebabkan Proton yang tak maju-maju itu, kita sudah dapat membeli kereta yang lebih selamat buat keluarga kita.

    Ini bukan lagi soal patriotik atau tidak. Proton telah wujud selama 20 tahun. Namun, prestasinya amat menghampakan. Inilah akibatnya terlalu amat melindungi industri kereta tempatan sehingga Proton kekal menjadi kanak-kanak yang terlebih umur dan besar panjang seperti orang dewasa namun akalnya tetap dangkal.

    ReplyDelete