Wednesday, May 26, 2021

Now, airport workers want the Sultan to intervene in Subang airport "sale"

KL, Wesak Day: Well, I'm not sure if the Sultan of Selangor is willing to get his hands dirty but the 2,000-strong union at Malaysia Airports Holdings Berhad wants him, nonetheless, to back them in their fight against tycoon Desmond Lim's takeover bid of Subang, one of the few lucrative airports run by MAHB. 

Basically, the trade union leader Encik Husin Shahar says as seeing that the nobody in the government is standing up against the proposal by Desmond to run Subang till 2092, or thereabout, the union feels it has to resort to a "higher" force to stop the bid even as it tries to get the Prime Minister, through a rare memorandum, to step in.

The only airport in the country that isn't managed by MAHB is Senai in Johor, which is now owned and managed by tycoon Syed Mokhtar Al-Bukhary. We know that the Sultan of Johor was never happy with this but Dr Mahathir Mohamad, when he was Prime Minister, went ahead and took the Senai airport from MAHB and gave it to Syed Mokhtar, anyway. 

But that's Johor and this is Selangor ...

Getaran.my has the story HERE

TEGAS BANTAH PENJUALAN LAPANGAN TERBANG SUBANG, KESMA HERET PM DAN SULTAN SELANGOR

KUALA LUMPUR - Kesatuan Pekerja-Pekerja Malaysia Airports (KESMA) akan menghantar memorandum membantah penjualan Lapangan Terbang Subang kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin dan juga Sultan Selangor, Tuanku Sharafuddin Idris Shah.

Presiden KESMA, Hussin Shahar memberitahu Getaran, tindakan yang akan dilaksanakan secepat mungkin itu adalah penegasan semula protes mereka terhadap penjualan lapangan terbang tersebut kepada syarikat swasta, WCT Holdings Bhd.

Hussin berkata, KESMA masih tidak yakin dengan jaminan dan gesaan Pengerusi Malaysia Airports Berhad (MAHB), Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir untuk kerajaan menilai semula cadangan penjualan aset syarikat berkaitan kerajaan itu.

“Kami berpendapat bahawa Sultan Selangor mempunyai kepentingan dalam isu kerana lokasinya dan juga dari segi faktor keselamatan, memandangkan lapangan terbang tersebut adalah antara pintu masuk ke negeri Selangor.

“Kerajaan hanya berdiam diri selepas kenyataan Zambry. Sehingga hari ini tidak ada sebarang maklum balas terhadap gesaan itu. Kami khuatir kerana ada desas desus yang mengatakan bahawa penjualan ini sudah hampir dimuktamadkan,” jelas Hussin.

Tambahnya, salinan memorandum bantahan itu juga akan diberikan kepada Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Kewangan.

Lapangan Terbang Subang yang juga dikenali sebagai Lapangan Terbang

Sultan Abdul Aziz Shah adalah milik MAHB sepenuhnya dan ia adalah antara tujuh lapan terbang MAHB yang memberi keuntungan kepada syarikat berkenaan.

Lapangan terbang terbabit dikendalikan oleh WCT Holdings, yang dipengerusikan oleh Tan Sri Desmond Lim menerusi anak syarikatnya, Subang Skypark Sdn Bhd.

MAHB memiliki 39 lapangan terbang di seluruh negara.

Adalah dianggarkan penjualan berkenaan berpotensi mencatatkan kerugian berjumlah RM11.9 billion dengan penjualan Lapangan Terbang Subang berdasarkan perjanjian konsesinya yang akan berakhir pada tahun 2069.

Menurut sumber, penjualan Lapangan Terbang Subang dipercayai akan dibincangkan dalam satu mesyuarat Lembaga Pengarah MAHB yang akan dipengerusikan oleh Zambry pada minggu ini. - Getaran, 24 Mei 2021.

No comments:

Post a Comment

Altimet-ly, hard work pays off for Hans Isaac the Ampang boy

Hans-ups Altimet by two votes in PKR Ampang re-election - The Vibes The Kita Budak Ampang story (watch the You Tube ) has a happy ending fo...